|
Air Terjun Sungai Pandan
terletak di Hutan Lipur Sungai Pandan iaitu hutan simpan berkelah dan
telah dibuka pada Jun 1980. Sejak dari tahun 1989 pengendalian di sini
telah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Kuantan. Terletak pada
aras 75.8 meter dari aras laut serta mempunyai keluasan 50 hektar.
Air terjun bertingkat tujuh ini adalah setinggi 100 meter dan dikelilingi
oleh formasi batu-batan serta dilitupi hutan hujan tropika. Hutan di
sini adalah dari jenis Dipterokarp Pamah yang merupakan hutan tadahan
air dan mengandungi pokok-pokok besar yang terdiri daripada spesis Damar
dan Bukan Damar, Keruing Chogan, Meranti Bumbung, Rengas, Kedondong
serta spesis pakis dan buluh. Terdapat juga sebuah Arboretum rotan asal
seluas 5 hektar serta projek tanah rotan manau dan herba. Hutan lipur
ini juga terdapat hidupan liar serta pelbagai spesis burung, rama-rama
dan serangga. |